Selamat Datang Ke Blog Perencah Mee Bandung Di Banting

Kini di Banting. Saya membekalkan perencah mee bandung kepada anda. Sekarang pada saya dah ada stok Mee Bandung, Mee Rebus dan Perencah Soto. Saya saja try ambik perencah soto kerana saya tak reti masak soto, mak mertua je yang hebat masak soto hehehe. Pembelian secara online atau saya hantar sekiranya berada disekitar Banting atau area Selangor , yang dekat - dekat ye, kalau sampai ke Sabak Bernam ... menangis den nak deliver :)) .hehehe pos ajelah ..

Wednesday, May 30, 2018

Assalam dan selamat sejahtera,
Kembali bersiaran lagi perencah mee untuk sekian kalinya. Sempena raya 2018 yang bakal menjelang, saya open order untuk perencah mee bandung, perencah soto dan perencah mee kuah. Silalah order stok raya tuan puan supaya sedang untuk dihidang kepada tetamu. Hubungi / Whatsapp saya di talian 019-2685542. 
Ikhlas, Cik Rez 2018

Wednesday, May 31, 2017

Kembali dengan tips masak nasi ayam sedap

Assalam dan selamat berpuasa. Lamanya tak berblog ... Dah 4 tahun tinggalkan blog ni, akhirnya kembali juga menjengok halaman .. Dek kerana terlupa cara nak masak mee bandung adami best ... Hehhehe nasib baik den post caranya , kalu idok, hilanglah kick berbuka ngan mee bandung malam ni... Nyummy nyummy.

Oleh sebab den rasa memblog ni boleh menyimpan seni memasak den dan tak kan hilang ... Maka den nak.kongsikan disini cara memasak nasi ayam sedapppppp .... Seni tersendiri ... Sedap untuk dimakan satu famili ... Mak ngan ayah duk puji - puji jer ... Masak seperiuk tengahari, malam tak sempat ayah nak repeat, ayam ngan periuk nasi dah sume da licin hehhehe ..

Cara nak masak nasi ayam style den ..
1. Rebus sekor ayam ... Air penuh periuk
2. Masukkan kiub ayam seketul, biar mendidih
3. Basuh beras , biasanya satu periuk nasi 4 cawan, tos beras
4. Ambik air rebusan ayam yang mendidih tadi, saya ambik 6 cawan air masukkan dlm rice cooker
5. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa dalam periuk nasi ..
6. Dalam periuk rebusan ayam tu boleh tambah balik air untuk dijadikan sup
7. Sambil sambil tu , goreng darat yer ... Halia, bawang putih, bawang kecil semua diricih, bunga lawang, kayu manis dan digoreng semuanya sampai kekuningan. Buat dua bahagian ( 1 untuk nasi dan 1 lagi untuk nasi).
8. bahan goring darat tadi masukkan kedalam periuk nasi tadi. Kacau bagi rata. Time nak kering nanti pun kacau sikit lagi. Nasi siap. Dah settle bahagian nasi.
9. Bahagian sup pula, keluarkan ayam , masukkan dalam besen. Yang sup duk atas dapur ni bolehlah di masukkan bahan goreng darat part 2. masukkan tomato belah 4, masukkan daun sup dan daun bawang, garam dan aji / secukup rasa ... test rasa sampai sedap. so sup siap.
10. Campurkan ayam yg dah direbus tadi dengan kicap, sos tiram maggi dengan 5 biji bawang putih yang dicincang.. Perap dalm tempoh 30 minit ... Tampi tampi lah sikit supaya semua ayam kena perapan tu.. Lepas 30 minit boleh goreng dalam kuali tak melekat.
11. Sambil tunggu perapan , kita buat dulu cili kisar, caranya ambil dalam 7 biji cili merah besar, basuh dan buang biji, cincang 6 biji bawang putih, masukkan semua dlm blend, terus blend sekejap ... Keluarkan dan masukkan garam, aji, gula dan cuka .... Test sampai sedap rasanya... Marvelouse... Siap.
12. Untuk kicap pula, ambil lebihan perapan ayam tadi, campurkan sedikit sup ayam , pastu tambah la kicap, sos tiram dan cincangan bawang putih ... bawang putih xyah banyak sangat. siap.
13. Dah settle bak memasak, so kita teruskan ngan bak menghidang.... apa lagi, basuh daun salas, potong timun senget nipis ngan potong tomato. Hidang ... siap.

Tuesday, September 25, 2012

Berhenti seketika

Salam semua,

Saya terpaksa hentikan seketika operasi menjual perencah mee kerana saya terlalu sibuk, tak pernah rasanya sibuk macam ni seumur hidup. Tak menang tangan saya dibuatnya. Kerja kat pejabat memang banyak, kerja kat tempat belajar pun lagilah banyak aduh ... kerja lipat kain kat rumah pun tak habis - habis huhuhuhuhu ... tak termampu nak buat bisnes online sehinggalah abis kerja - kerja . Maka dengan ini , saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menempah perencah dengan saya. Ianya banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Memang manis bisnes online ini , tetapi perlukan komitmen yang tinggi. Jika saya mampu mempunyai pembantu pada suatu hari nanti , bisnes online saya ini saya akan mulakan kembali. Sekian. :))

Tuesday, August 28, 2012

Permintaan perencah selepas raya 2012 meningkat, malangnya stok dah habis ... huhuhu

Salam semua, terima kasih saya ucapkan kepada pelanggan - pelanggan yang banyak membeli perencah dari saya. Saya minta maaf sangat kerana buat masa sekarang stok telah habis dijual. Hari ini saya baru sahaja direct nego dengan pembekal utama di Muar Johor kerana pembekal lama di Selangor hilang entah kemana. Saya akan cuba dapatkan pek lutsinar balik kerana saya lihat kualiti pesnya tidak sama . Pembekal saya di Selangor tidak menjual pek lutsinar sebaliknya hanya menjual pek hijau sahaja. Eloklah rasanya saya beralih kepada pembekal yang lebih besar lagi.

Dikesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca , maaf kiranya ada yang tersalah bahasa dan tersilap kata. Saya cuma insan biasa yang cuba untuk memudahkan pelanggan mendapatkan perencah mee  adami menggunakan khidmat pos. Tambahan pula dengan kerja kerja dipejabat yang setinggi gunung, assignment oleh pensyarah yang duedate kena submit ..... masa amat mencemburui hidup saya.

Kepada en hafiz yang nak order soto 5 pek, maaf soto dah abis buat masa sekarang... kepada kak ija di bandar tasik kesuma, terima kasih diatas order 10 pek mee bandung, saya dah tanya supplier besar dimuar, mereka masih keluarkan pek lutsinar ... supplier saya kat selangor ni bagitau lain , katanya kilang dah tak kuarkan ... huhu terkena den . Kepada cikgu wan di tawau, semoga perencah gantian 3 pek mee rebus tu sampai ke tangan cikgu, dah lama rasanya saya poskan. saya lebihkan 1 pek percuma :)) . Untuk kak ani di shah alam, kat saya cuma tinggal 8 pek mee rebus dan 3 pek mee bandung sahaja, tak dapat nak supply 14 pek meebandung dan 10 pek mee rebus, sorry ye kak.

Kalau dapat stok baru , saya akan update info ye :)) sekian .

Wednesday, July 25, 2012

Perencah Soto dah Habis Stok ...

Salam semua, sedihnya perencah soto dah habis stok . Maaf ye kepada peminat perencah soto, tak dapat nak sediakan perencah ini. Tapi kepada penggemar mee bandung dan mee rebus, stok masih ada dalam pada saya. Sekian. Wassalam.

Tuesday, July 17, 2012

Alahai Cikgu Wan .. miscommunication daaaa ..

Alahai cikgu Wan di Tawau .. I'm so sorry , miscommunication pulak kita berdua ye .. saya betul - betul ingatkan cikgu Wan cancel order. Rupa-rupanya cikgu Wan tunggu saya bagitau duit pos ye ...:)) Maap ye cikgu. Semalam saya dah telefon pos malaysia, operator bagitau kalau bawah 2.5 kg duit. RM 16 menggunakan mel udara, kalau bawah 3 kg RM 17.50. Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu wan dan rakan-rakan cikgu wan yang order 6 peket mee bandung, 2 peket mee rebus dan 6 peket soto. Saya cek stok , soto tinggal 2, saya nak buat restok .. tengah tunggu order sampai, saya akan poskan dulu pada cikgu wan 6 mee bandung, 2 mee rebus dan 2 soto, baki 4 soto akan saya pos kan dalam minggu ini juga. insyaallah, saya akan penuhi permintaan cikgu wan secepat yang boleh. Sampaikan salam saya dan sorry pada rakan rakan cikgu ye.

Pada cik yang order 7 pek mee soto dan 3 mee bandung dari sibu semalam, saya tengah restok .. harap dapat tunggu 2 3 hari ye . Sekian entry kali ini. Adios, wassalam. 

Friday, June 22, 2012

OOO ke vietnam

Haaa , bulan depan saya nak ke Vietnam. Hubby ajak beli baju raya . Terpikir pula boleh ke ambik stok jual kat Malaysia ... emmm , baju kat sana cantik-cantik. Hubby dah riki tempat 2 minggu sudah, banyak ambik gambar baju. Hubby cakap kat pasar baju tu, penuh dengan makcik makcik dari Malaysia shopping baju heheheh , kelakar kan. Hebat makcik-makcik Malaysia ni, shopping sampai ke vietnam. Bravo bravo.

Jean levis kat vietnam banyak sangat. Memang cam original. Under licence US. Harga pakaian kat vietnam memang jauh beza dari harga di negara kita. Tapi tiket kapal terbang ke vietnam mahal la hehehe.


Susahnya Manage Duit Pos Ni huhu

Alahai .... saya rasa cam something wrong somewhere ajer dengan pos Malaysia ni. Saya nak pos kan < 1.4kg perencah mee pada Pn. Wan di Tawau, bila telefon pos center, diberitahu harga bungkusan untuk berat bawah 1.5 kg adalah RM11.50, saya bagitaulah Pn wan harganya begitu. Saya siap comfirmkan lagi pakai mel udara, alih - alih masa nak poskan tu , staf pos tu mintak RM20. Alamak, macamana ni.. pos pun leh cakap tak serupa bikin ka .... apa nak dibuat, bayar ajelah ... sedihnya, bisnes kali ni rugi la pulak huhuhu. Tapi takpelah, allah itu maha adil, insyaallah ada tambahan rezeki dilain kali. Emm , moralnya ... lepas ni saya tak nak bagitau dululah berapa duit pos, baik saya gi pejabat pos dan tanya terus, baru bagitau customer :)) selamat la sikit.
Jumpa lagi dilain entry.

Monday, June 18, 2012

Panggilan negeri dibawah bayu

Salam semua, tak sempat rasanya nak buat post baru, terlalu sibuk dengan kerja yang memang tak akan habis. itulah realiti kehidupan, namun semalam saya menerima sms dari Wan dari negeri Sabah, berasal dari terengganu , merantau ke negeri dibawah bayu.... mesti wan ni sukakan cabaran kan :), mulanya ingatkan cik rupanya puan. So puan wan yang memang baik hati ingin menempah 3 pek mee bandung, 2 pek mee rebus dan 2 pek soto. Gembira dengan order ini. Setelah berbalas - balas sms , barulah tahu pn wan merupakan bakal ibu , 3 bulan hamil. semoga wan dan baby sentiasa sihat. Tapi saya belum pernah poskan perencah ke sabah .. bagaimana ye??? emmm .. ada 2 cara, search web pos malaysia, pastu telefon pos malaysia ....ooo kena pos guna pos udara. Operator bagitau RM11.50 untuk pos ke sabah bagi berat<1.5 kg ... ooooo gitu ... hehehe , esok saya poskan ye Cikgu Wan (.. baru tau ...).

Thursday, June 7, 2012

Order dari negeri kelahiran saya , hijau kuning Kedah Darulaman

Hari ini saya sedang khusyuk study subjek automata, susah betul subjek ni . Dalam menghayati slide pensyarah, ting-ting, ting-ting... dapat sms dari cik faizah dari taman desa bidara, kuala ketil. Alhadulillah, terima kasih cik faizah yang berminat membeli perencah dari saya. 5 perencah mee bandung, 3 mee rebus dan 3 soto. mesti cik faizah pandai masak soto ni kan ...:)) . Balik kerja nanti saya packkan dan esok pagi saya akan poskan pada cik faizah :)) seronoknya.

Wednesday, May 30, 2012

Stok baru banyak hehehehe ... mee bandung, mee rebus dan soto

Opsss ini post tahun lepas rupanya , tapi dah duk dalam draf , bila publish.. jadik post ari ni hahaha. nampak sangat saya ni tak mahir berblog .

Salam semua, hari ni saya berada di Hotel The Zon KL, hadiri bengkel spesifikasi peralatan seminggu ... hotelnya best juga , apartment style rumahnya ... 2 bilik . So malam tadi dapat sms customer nak order 12 pek ... terima kasih berbanyak ye cik :)))) . rezeki saya bila outstation .. ada order baru hahahhaha ... so hubby punya part lah poskan ... alhandulillah .

** adami dah tak kuarkan pek lutsinar ... semua pek baru warna hijau . Stok saya pek warna hijau. Kalau anda beli pek lutsinar tu ...itu perencah lama tu ye .

Terima kasih pada Kak Ani, Shah Alam.

Salam semua, wah ... malam ni nampaknya malam tadi kak ani kita berpesta mee bandung :)) terima kasih pada kak ani di plaza perangsang shah alam kerana menempah 24 paket perencah mee bandung, semoga kak ani sekeluarga menikmati hidangan mee bandung yang lebih sedap dari dikedai . susah nak jumpa kedai jual mee bandung yang rasanya best kan . masak sendiri lagi best, boleh tambah banyak udang hehhehe.

Balik dari kelas malam tadi rasa macam nak pengsan je, penatnya ya amat. Sekarang dah masuk musim final exam , so kena study hard. Orang cam saya memang kena study hard ... tak dapat nak study smart hehehe. Anyway , aja aja fighting to myself. Kerja kat opis banyak, kerja kat u pun banyak, alahai makkkkk ...:)).

Saturday, May 26, 2012

SMS dari Jordan

Tetiba hari ini tengok handphone dapat sms. Bila sms balik nak tanyakan berapa pek, empunya badan tak reply2.. so terus call, ingatkan empunya badan kat Malaysia .. rupanya kat Jordan , terkejut akak ...heheheh ... Terima kasih cik hafizah yang meng sms bertanyakan mee bandung dan mee rebus. Akak masih banyak stok .  Anyway , bila dah ready bolehlah sms alamat dan bilangan stok ye. Nanti akak poskan :))

Tuesday, February 7, 2012

TAHUN 2012 ~ AJA AJA FIGHTING

Tahun 2012 tiba ... semangat kena kuat , terus maju ke depan.  Stok baru ada dengan saya, pek warna hijau. Dah tukar kulit pek baru ni. Cepat - cepat, ada meebandung, soto dan mee rebus. :))

Thursday, September 8, 2011

terima kasih pelanggan baru. stok baru mee rebus dan soto muar

saya ucapkan terima kasih kepada cik akma dari kanchong darat , banting atas order 20 pek mee rebus muar. rasanya pn. hidayah dapat bagi tips masak mee rebus paling best.

terima kasih juga pada en yusof di bandar mahkota , maaf sebab stok tinggal 5 sahaja. esok saya restok baru. saya rasa saya nak restok mee bandung muar, mee rebus muar, perencah soto muar. Bila dah dapat stok esok saya akan update harga dan upload gambar.

alahai mak ... harga perencah dah naik pulak .... sedih - sedih

semalam saya restock untuk order yang  baru diterima. mulanya ingatkan harga lama , rupanya distributor kasi harga baru . sedih juga , harga yang saya jual sama dengan yang saya dapat dari pembekal. puas juga nego, distributor tak nak turun juga harganya.. nak buat camna , dah janji dengan customer rm 4. beli ajelah ... takpelah tak de untung takpelah . lepas ni terpaksalah saya naikkan sikit harganya , saya ambil kali ni sepeket RM 4.80. kalau order 12 peket saya boleh bagi RM 4.50. saya terpaksa naikkan rm0.80 sepeket untuk cover duit minyak ambik stok. harap semua dapat menerima harga baru saya.

Thursday, August 11, 2011

Ohh lupa nak cerita macam mana nak buat telur mata special mee bandung

Oh ya,
saya betul - betul terlupa ceritakan macamana nak buat add on atas sepinggan mee bandung, untuk tetamu - tetamu special..

1. mesti gunakan senduk bulat melengkung tau , seeloknya jenis besi . kalau plastik pun boleh, lambat je la sikit.

2. rebus air sehingga menggelegak, betul2 panas .

3. dah betul - betul menggelegak, masukkan senduk besi. biar sekejap kasi panas dulu senduknya ... telur takde la melekat...

4. Ambil sebiji telur, pecahkan elok-elok, comel - comel dalam senduk. Yang kuning jangan pecah.

5. panaskan/masukkan senduk yang ada telur tadi dalam air menggelegak, jangan sampai air masuk dalam senduk. ha kat sini kena pandai control. air masuk takde masalah, cuma jangan banyak lah.

6. bila dah agak keras sedikit putih telur, barulah celupkan senduk dalam air menggelegak. telur akan terapung. agak agak kuning telur keras sikit, bolehkan angkat dan hiaskan atas sepinggan mee bandung .
mudahkan.. kalau 3 biji ok lah, kalau 10 biji , mau berpeluh juga buat telur mee ni hehehheh ... anyway gud luck all.

Terima kasih Pn. Nor di Perak dan Pn. Zarina, Damansara

Saya ucapkan terima kasih kepada Pn Nor atas kesudian membeli 4 pek perencah mee bandung. Saya baru sahaja duduk untuk menghadiri kursus 4 hari Microsoft Access 2010 di MayTower Hotel & Residence KL, tiba - tiba dapat panggilan dari Pn. Nor. Pesanan puan Nor saya minta bantuan dari suami untuk poskan kerana saya tiada dirumah. Alhamdulillah, suami saya poskan petang itu juga ... on the way kat airport ada pos office. Ingatkan posnya RM 5, rupanya RM3.50 sahaja. Bakinya saya bank in kembali pada Pn. Nor. Diharap Pn. Nor dapat rekemen pada kawan - kawan ye. Biasanya saya jual by hand je ... area sini , tak jauh.

Hari ini suami jemput pulang dari berkursus. Dalam perjalanan , saya terima panggilan dari Pn. Zarina. Pn. Zarina di damansara, Pn zarina ada 2 option nak pos laju RM 10.40 sekilo, pos biasa RM 5.00... so terus pegi post office. kat post office Emm .. 5 pek duit posnya RM 5.50. rasanya timbang kat pos office tu lari kot ... tengok tadi naik turun je meternya . sepatutnya sekilo je , tapi meter tu paparkan 1kilo 50 gm... takpelah , nak wat camana ...

Memang saya tidak nafikan perencah ni memang best. Saya memang terpikat dengan perencah mee bandung ni bermula dari Karnival Usahawan Kolej Komuniti Kuala Langat. Time tu saya diarah untuk buka gerai jualan bersama pelajar... penat juga fikir apa nak jual, akhirnya ada kawan bagi resipi buat mee bandung guna perencah adami. Laku habis ... memang best lah . ada pula pelawat yang nak beli perencah, so jual ajer... time tu kawan saya jual RM 7.00 , al-maklum la dalam time karnival... saya tak tau harga sebenar. habis karnival, saya carik balik perencah ni di dengkil seperti yang kawan beritahu, malang betul.. tempat tu dah tak ambik order dengan adami lagi, sebaliknya jual perencah mee bandung lain pula. alahai .... mak oi ..


So, saya mula hubungi pengedar. akhirnya saya tekad mulakan bisnes on line . seronok dapat jual . Untung ciput pun takpelah ... buat bayar duit envelope hehhehe :)) yang penting saya seronok.

Saturday, July 30, 2011

JUADAH UNTUK HARI RAYA dan BUKA PUASA 2011

Salam semua.
Alhamdulillah , masuk kita ke bulan Ramadhan. Syukur ke hadirat Ilahi , kita masih berpeluang untuk menunaikan rukun iman ini.

Sekiranya tuan/puan ingin berbuka puasa ramai - ramai, bolehlah mencuba perencah mee bandung adami. Sesuai untuk berbuka, hidangkan dimeja makan ye.

Seperti biasa, harga masih lagi RM4.00   RM4.80 tidak termasuk harga pos .Hubungi saya segera di talian 019-2685542.

Saturday, June 18, 2011

Terima kasih

Dah lama tak blogging ... hehehe tersibuk dengan tanggungjawab buat modul IT, sibuk juga dengan jualan perencah mee bandung disekitar selangor. Syukur hari ini terima call dari seorang customer di Sandakan yang ingin membuat order 10 pek perencah mee kegemaran ramai ini. Semoga ianya merupakan titik permulaan kepada perniagaan di Sandakan, Sabah :)) Terima kasih .

Friday, December 3, 2010

Akhirnya kembali jua dari hadiri kursus

salam semua, lama tak berblog. bulan ni rasanya macam nak tercabut je lutut. tanpa disangka kena panggil kursus. satu di johor, satu di kuantan dan satu lagi baru habis semalam di seri petaling. kesian anak2 kena tinggal. terima kasih tak terhingga buat mak dan ayah dikajang, mak dan bapa mertua di banting .. dan terima kasih teramat sangat suami tercinta. take over tanggungjawab i kejap. selain dapat ilmu, dapat juga batuk cam asma. penat - penat . tersiksa dapat batuk cam ni.

anyway banyak yang nak dikongsi oleh saya sebagai seorang wanita. Nampaknya kena sambung lain kali.

Saturday, November 6, 2010

Petua Ibu Saya

Teringin pula saya ceritakan satu petua ibu saya dalam memasak. Ibu selalu pesan, kalau masak makanan seperti nasi goreng, ayam masak merah atau daging masak kicap, sebelum ape-ape tumislah dulu seulas bawang besar besar yang di mayang. bila dah kekuningan barulah masukkan bahan yang lain. Rasanya mesti lebih sedap.

Petua masak nasi goreng pula, bila dah masukkan nasi, gaulkan dalam kuali bersama perasa, haaa ... petua kat sini ialah sebelum angkat tu tutup kuali dan perlahankan api seperlahan mungkin. biarkanlah sekejap sampai nasi dalam kuali tu kelihatan basah dan lembab. barulah sedap. lembut je nasi goreng kita. :)) selamat memasak.

Sunday, October 3, 2010

Rahsia edit Tambah Sedap Perencah Mee Bandung Muar Okt 2010

Perencah Mee Bandung Adami ni memang dah sedap kalau kita masak ikut cara memasak yang di tulis di belakang peket. Tetapi untuk jadikan rasanya bertambah Ummp ... kenalah be a creative. Saya lebih suka memasak mee bandung muar ni seperti langkah - langkah di bawah . senang ajer ...

Rebus air sehingga mendidih (sukatan 6 cawan untuk 1 peket, 7 cawan pun ok juga)
Lepas mendidih, masukkan perencah mee bandung 1 peket.
Lepas itu tambahkan bawang yang telah di blend . ( 1 labu bawang besar dan 4 labu bawang kecil di blend bersama)
Agak 2 3 minit, masukkan 1 kiub ayam maggi.
Lepas tu barulah pecahkan 2 biji telur ayam ye. pastikan anda kacau kuah cepat - cepat ye supaya telur hancur,kalau dibiarkan takut jadi gulai telur pula. Masukkan garam dan ajinomoto.
Cuba test kuah tu, kalau cair sangat , bancuh 1/2 sudu tepung jagung dalam air sejuk  agak - agak 1/4 cawan air cukuplah .. tujuannya supaya kuah pekat sikit, takdelah cair ...
akhir sekali barulah masukkan udang hidup. jangan masuk penuh - penuh , biarlah seadanya sahaja.

untuk bahan yang lain pula, saya tak galakkan dimasak bersama kuah .. sebab nanti tak sedap, rasa asli mee bandung akan tenggelam.

bahan lain :
rebus potongan sawi
rebus bebola seperti bebola udang, bebola ketam atau bebola sotong. potong kecil - kecil.
untuk tambahan bolehlah di ricih daun sup, daun bawang dan cili besar.
Bawang goreng.

Cara hidang :
Tips bagi kuah sentiasa sedap ialah masukkan dalam slow cooker, kalau adalah .
hidang mee yang telah siap direbus dan ditos kedalam pinggan.
Tuang kuah ..jangan sampai tenggelam ..hehehe
masukkan hirisan bebola dan daun serta cili.
Tabur bawang goreng.
Siap.

itu ajelah resipi sedap yang standard. Haaa .. kalau rajin bolehlah di masakkan sebiji telur di dalam air menggelegak dan di letakkan di atas mee. Next post saya ceritakan camana nak buat telur ni .
Oklah selamat memasak.

Wednesday, September 29, 2010

Perencah mee bandung muar update news September 2010

Suami saya dah mula tolong jualkan perencah mee bandung kepada rakan di airport. alhamdulillah, so far bila saya tanya respond camana open house , mereka kata sedara mara semua kata sedap gila. Sampaikan ada famili yang minta tolong belikan. alhamdulillah. murah rezeki. Suami saya jual sepeket RM 4.00 saje. Mula - mula ingatkan nak jual RM 4.50, tetapi rasanya cam RM 4.00 pun dah boleh pulang modal bila dah jual banyak - banyak. Bagi diskaunlah... tolong sesama penggemar mee bandung.
 Saya terpaksa naikkan harga perencah mee kerana distributor naikkan harga (lihat pos sep2011) . Sekarang harga sepeket saya terpaksa jual RM 4.80. Sekiranya order lebih dari 12 pek, saya boleh bagi RM 4.50 satu pek.

Friday, September 10, 2010

Perencah Mee Bandung Muar


Salam. Saya ada menjual perencah mee bandung muar . kepada sesiapa yang berminat bolehlah pm pada saya. harga sepeket ialah 4.50 sahaja. terkini RM 4.80 (lihat post Sep 2011)

Sedap , memang sedap. Kalau kena cara memasaknya, lagi sedap pada yang jual kat restoren. Tambah sikit bahan lain, emmm ... tetamu mesti nak tambah lagi.


Next post saya ceritakan cara nak bagi lagi kaw.